Kuali yang selalu Che Nom guna di Youtube.

Kuali non-stick real stone coating

Untuk kuali non-stick real stone coating macam gambar di atas, tak kira size apa pun, Che Nom gunakan brand Stoneline, periuk ni diperbuat dari die-cast aluminium dan real stone coating, periuk ni memang bagus sebab panas yang sekata dan tahan lama, kalau masak guna ni jarang nak hangus. Untuk pembelian boleh dapatkan di Official Store Stonline di Shopee. Ada beberapa lagi kuali Stoneline yang selalu Che Nom guna, antaranya:

  • STONELINE® Multi-purpose square pan 28 x 28 cm, with steaming and deep-frying features
  • FUTURE Wok 32 cm with exchangeable handles and Sieve Glass Lid
  • STONELINE® Classic Frying pan 16 cm
FUTURE Wok 32 cm with exchangeable handles and Sieve Glass Lid

Future wok 32 cm ni yang paling kerap sekali Che Nom guna dalam video Youtube, saiznya yang besar dan agak dalam memudahkan masak hidangan yang bergoreng dan berkuah. Kalau masak sambal tumis tak mudah hangit dan sambal pon cepat masak serta pecah minyak. Pemegang tak perlu dilapik pon boleh pegang ketika kuali masih panas, sudah 2 tahun Che Nom gunakan kuali ni dengan kerap dan coatingnya masih tahan dan tak mengelupas. Kualinya berat dan stabil di atas dapur, tak mudah terbalik.

STONELINE® Multi-purpose square pan 28 x 28 cm, with steaming and deep-frying features

Multi-purpose square pan 28 x 28 cm ni selalu Che Nom guna untuk deep fry sebab agak besar dan dalam, juga disertakan dengan deep-frying basket, pernah juga Che Nom masak Nasi Arab guna periuk ni.

Cast Iron wok with wooden handle

Kuali ni ada juga Che Nom guna untuk Youtube, Cast iron wok with wooden handle pon Che Nom beli kat Shopee. Saiz wok ni 36 inci, agak besar dan berat untuk pengunaan harian, sesuai untuk masak makanan macam nasi, mee, bihun dan kuetiau goreng. Kalau dah season elok-elok wok ni Insyallah tak melekat dan senang nak guna. Cuma kena hati-hati di bahagian hujung permukaan kuali agak tajam takut terluka.

Stainless Steel

Kuali Stainless Steel

Untuk kuali stainless steel ini Che Nom gunakan Jenama Zwilling, boleh check senarai stainless steel cookware dekat offical store Zwilling di Shopee. Selalu Che Nom guna kuali ni untuk hidangan yang berkuah sahaja sebab kalau untuk menggoreng agak kurang sesuai kerana mudah melekat. Besar kemungkinan cara Che Nom ‘season’ kuali ni tak berapa betul. Stainless steel juga cepat panas dan makanan mudah hangus jika kita tidak cermat dalam pengawalan api. Nak jaga permukaan kuali ni pon agak rumit kerana kotoran karat minyak yang melekat susah nak tanggal. Cuma kelebihan stainless steel ni adalah material yang 100% selamat digunakan serta tahan lama, dan jumat gas sebab cepat panas.

Kalau nak lagi banyak pilihan boleh pergi ke showroom Zwilling, salah satunya adalah adalah Zwilling J.A.Henckels @ Mid Valley.

STAUB CAST IRON 30CM WOK WITH GLASS LID CHERRY RED

Kuali Cast Iron

Kuali cast iron pula Che Nom selalu guna Staub Wok Black Enamel Coating, buatan Perancis. Kelebihan kuali ni, ianya sangat tebal, material cast iron pon antara bahan yang selamat di gunakan untuk memasak. Cast iron boleh menyimpan haba lebih lama dan panas pemukaannya lebih sekata serta suhu yang lebih stabil berbanding stainless steel. Jika kita jaganya dengan betul kuali ni boleh bertahan bergenerasi tanpa sebarang kerosakkan dengan penjangaan yang minimal. Black enamel coating ni jika kerap di gunakan, kuali ni akan cenderung untuk jadi non-stick coating. Kelemahan kuali ni, ianya sangat berat tak berapa praktikal untuk pengunaan seharian terutama kepada yang lebih berusia.

Kuali Staub dengan penutup
Le Creuset Cast Iron Marmite 26CM

Satu lagi periuk Cast Iron adalah Le Crueset Cast Iron Marmite 26CM. Ianya juga jenama terkenal dan hasil buatan dari Perancis. Kuali in juga kelebihannya seperti Staub (di atas) kerana materialnya adalah sama. Untuk kuali buatan Perancis seperti ini, Che Nom sarankan beli dari personal shopper yang dipercayai kerana harganya jauh lebih murah, tapi kena tunggu waktu saleslah, cuma hati-hati takut terbeli produk tiruan.

Leave a Comment