Ni steamer elektrik yang selalu Che Nom guna Di Youtube, modelnya Trio Food Steamer TFS-18. Harga lebih kurang dalam RM 200, boleh beli pengukus ni kat Shopee atau Lazada.
Kapasiti pengukusnya adalah 10L + 10L, dan kuasanya adalah sebanyak 1800W selama 60 minit.
Kelebihan penggunaan food steamer elekrik ni adalah:
- Ada timer, jadi agak senang kalau kita dah pasti tempoh masa yang kita nak kukus makanan tu, set sahaja timer boleh buat kerja lain tanpa perlu risau terlupa tutup, bila dah habis timer akan ada bunyi “ding”. Dengan adanya timer ni juga lebih selamatlah kalau terlupa nak tutup. Masa maksima adalah 60 minit, jadi kalau terlupa dia masih akan hentikan kukusan atas faktor keselamatan.
- Bahagian pengukusnya juga yang lutsinar memudahkan kita untuk memerhatikan makanan yang dikukus, contoh macam Kuih Pau dan Apam tu kita dapat tengok dari luarlah dah kembang elok atau tak.
- Kalau nak kukus kuih melayu tak perlu balut penutup dengan kain untuk mengelakkan air menitik ke atas permukaan kuih, cuma kena berhati-hati ketika membuka penutup, perlu sengetkan supaya air wap mengalir ke sebelah tepi dan tidak terkena kuih.
- Lain-lain kelebihkan adalah boleh tengok aras air dari luar, boleh “stack” pengukus jadi kapasiti kukusan lebih banyak.
Manakala keburukan pengukus elektrik ni pula adalah:
- Tak boleh set suhu tertentu, contoh kalau nak buat apam mekar tu kalau pakai pengukus dapur gas, kita akan buka api paling besar untuk dapatkan suhu kukusan maksimum bagi mendapatkan rekahan pada permukaan atas apam. Untuk pengkukus elektrik ni suhu adalah tetap, kalau nak yang boleh set suhu mungkin kena dapatkan model yang lebih mahal.
- Lagi satu, pengukus ni diperbuat daripada plastik, jadi lama-lama ia akan meleding dan tidak lagi rapat dengan baik jika ditutup. Untuk pengkukus Che Nom ada 2 bahagian yang dah tak rapat, bahagian pentutup dan bahagian bawah pengukus.
Kesimpulanya sangat berbaloi pengukus ni sebab sangat besar dan terdapat ciri-ciri keselamatan yang penting, namun perlu juga diberi perhatian pada kelemahan yang terdapat pada pengukus ini, mungkin tak sesuai untuk masakan atau senario tertentu.
Salam Che Nom. Saya pernah guna steamer Trio ini utk kukus kek buah selama 4 jam. So far dah buat 2 kali. lepas tu tak berani dah sbb fikir yg pengkukus ni plastik. Takut kejadian tak diingini berlaku. So skrg mencari cari resepi yg mengukus 1 jam saja.