Ramai yang tanya Che Nom pisau apa yang digunakan di Youtube, ha, harini Che Nom nak cerita sikit mengenai pisau dan cara Che Nom pegang dan potong pisau. Penting sangat pisau ni supaya ergonomik dan tajam, kalau pisau tu tumpul, sangat merbahaya sebab kita akan tekan pisau tu kuat-kuat, bayangkan kalau tergelincir, tekanan tinggi tulah yang akan menyebabkan jari kita luka.

Ada tiga pisau yang selalu Che Nom guna di Youtube. Paling terkini Che Nom banyak guna pisau ni, Zwilling Pro Chef Knife, pisau ni jenis Chef Knife. Che Nom beli di kedai Zwilling Mid Valley sebab cari online tak jumpa. Zwilling ni memang jarang sponsor orang, Chef selebrity pon ramai yang beli sendiri ja pisau ni.
Pisau ni memang sesuai untuk penggunaan seharian sebab tebal, sangat tajam dan tahan lasak, panjangnya 8 inci, besi yang digunakan adalah German Stainless Steel dan tangkainya adalah plastik, Ianya diperbuat di German.
Bahagian tajamnya melengkung dan berat lebih kepada bahagian belakang, jadi pisau ni sesuai untuk potongan jenis rocking, bilahnya yang juga tebal jadi senang nak potong tulang-tulang kecil seperti tulang ayam.

Untuk pemotongan lebih efektif, Che Nom suka pegang secara “Pinch Grip”, kerana disamping memegang tangkai, kita juga pegang bahagian bilahya sepaya tidak bergoyang ke sisi ketika memotong. Jadi kawalan kesuruhan pisau adalah lebih baik berbanding dengan hanya memegang tangkai. Lagipun dengan memegang di bahagian tengah pisau seperti ni kita dapat lebih keseimbangan dan kawalan secara konsisten.
Keburukan pisau ni ia agak berat dan sangat mahal, Che Nom pon guna untuk penggambaran Youtube, sayang nak pakai takut calar atau patah. Kalau yang tangan tak kuat tu lama-lama pakai pisau ni kalau teknik tak betul sakit juga tangan.
Kalau teknik betul seperti “rocking motion”, pisau tu kita tak angkat pisau tu seratus peratus, mata pisau tu masih di atas papan pemotong, cuma belakang pisau saja yang di angkat, jadi tak lah letih sangat.

Ni pisau yang paling lama Che Nom pakai, murah sangat pisau ni, boleh lah buat-buat pakai kat dapur, cuma tangkainya besi, kalau kena lemak atau minyak agak licin dan agak merbahaya.
Ada 2 bila pisau ni kat rumah, satu dah patah bucu depanya sebab guna untuk colek ayam, pisau ni tak berat sangat dan diperbuat dari stainless steel. Tajamnya cukup-cukup makan, kena selalu asah. Tapi start dari Ogos 2022 Che Nom dah tak pakai pisau ni kat Youtube.
Berapa harga pisau yang kat atas tu ? Boleh share periuk apa yang che nom guna.
Satu set dengan pairing knife dalam RM 800 lebih