Blender Yang Che Nom Guna Di Youtube

Ramai yang tanya blender apa yang Che Nom guna di Youtube, ni ha modelnya, Panasonic MX-V310KSL. Waktu Che Nom gi nak beli blender ni ada sorang promoter ni cakap, bagus blender ni kakak, boleh blender sampai hangus, Che Nom: ha hangus?, agaknya dia nak cakap halus kot, belum masak dah hangus, macam mana ni

PANASONIC 600W ULTIMATE POWERBLADE 2.0L BLENDER (GLASS) | MX-V310KSL

Blender ni Che Nom beli harga dalam RM 200, tapi tak pasti berapa harga sekarang. Rasanya dah 4 tahun Che Nom pakai blender dan masih elok sampai sekarang. Yang best blender ni, jugnya diperbuat dari kaca, jadi susah la nak calar bila basuh atau blender bahan-bahan yang kasar.

Blender ni agak basic, motornya tak lah kuat angat cuma 600W, ada 6 auto menu yang boleh dipilih. Kapisiti jugnya adalah 2 liter, tapi kapasiti bekerja adalah 1.5 liter. Penutupnya tak pernah bocor masak blend kalau ditutup rapi.

Barang Panasonic ni selalunya agak tahan lasak tapi sayangya model ni dah discontinued, jadi agak sukar lah nak cari , mungkin boleh cuba model lain yang lebih terkini.

Kalau ada rezeki lebih tu nak jugaklah Che Nom upgrade kepada brand Kitchen Aid yang pro line punya tapi dalam keadaan ekonomi macam ni kita beranganlah dulu.

Leave a Comment